Monday 2 May 2016

cikgu belanja lagi video dan gambar aktiviti anak-anak murid cikgu sekarang







Assalamualaikum...

sebulan dua ni cikgu teramat amat amatla sibuk...
sibuk dengan apa?? sibuk dengan bermacam- macam la tugasan sebagai guru, pelajar, ibu, anak dan sebagainya...

maafkan cikgu ye..

tapi.........


untuk semua cikgu akan masukkan aktiviti yang cikgu buat yang menyebabkan cikgu sibuk sangat la tu kan..hehee


Tara.........

Nasyid bersama anak-anak syurga cikgu..

rajin betol diorang ni berlatih kan.. sampai pandai

tahniah semua..


Wednesday 27 January 2016

Keluarga Saya

Tema minggu ke 4... minggu terakhir di bulan januari..

Keluarga Saya


Ohh... minggu ini cikgu melihat komunikasi antara murid-murid semakin baik.. makin rancak nampaknya bercerita antara satu sama lain.. 


Yang itu murid-murid mewarna sambil bercerita mengenai keluarga masing-masing.



Anggota Badan

Tema minggu ke 3 anggota badan


Untuk minggu ni cikgu ajar mengenai anggota badan bermula dari kepala sehingga ke kaki.. 

Hari pertama belajar menyanyi
Hari kedua menyebut satu persatu
Hari ketiga mewarna anggota badan 
Hari keempat suai anggota badan yang betul
Hari kelima mengeja anggota badan 



Gembira semua bila cikgu keluarga moskot anggota badan upin ipin ni

Oleh itu cikgu sentiasa pesan kena datang sekolah hari-hari baru lah dapat belajar macam-macam lagi


Minggu ke 2 (Diri Saya)



Minggu ke 2 Tema kita adalah Diri Saya..

Tema ini bersesuaian dengan anak-anak yang baru lagi nak menyesuaikan diri dengan alam pembelajaran.


Oleh itu setiap orang mesti bangun dan memperkenalkan diri masing -masing..




ini adalah contohnya.. kalau yang perempuan bagitahu perempuan manakala lelaki mesti bagitahu lelaki..

Selepas rehat murid-murid diberi masa untuk membuat kumpulan dan bercerita dalam kumpulan mengenai diri saya. 

Alhamdulillah PdP minggu ke2 berjalan dengan sangat lancar. Murid-murid kelihatan sangat gembira 


ORIENTASI

Minggu orientasi atau minggu suai kenal.......


Tengok kan anak-anak pun tak nak berenggang lagi dengan mak ayah.. mak ayah pun sedih nak tinggalkan anak dia.. cikgu faham tu semua. so terpaksa la minggu pertama cikgu bagi kelonggaran ye.. ibu ayah boleh temankan anak-anak tapi hari pertama dan kedua je.. hari ketiga sampai lima teman kat luar je.. lepas seminggu tu dah kena tinggalkan dah. bila sampai waktu balik nanti baru boleh datang semula..

InsyaAllah cikgu akan jaga dengan baik... 

Ragam dan telatah semua insyaAllah cikgu dapat atasi dengan baik.. 

Kenangan Lalu

Sekarang ni hujan turun tak henti-henti... Hati ini terus teringat kat tbk.. Baru je masuk tahun baru ni. Alat bahan pun baru je masukkan. Harap-harap tahun ni tak banjir la ye.. Risau plak.. Teringat terus kejadian banjir besar tahun 2014. Habis semuanya..


Air naik dengan sangat cepat.. cikgu hanya mampu tengok dari jauh.. hanya barang-barang penting je yang mampu diselamatkan. yang lain cikgu terpaksa redha sahaja.. 

Sedih tu hanya Allah sahaja yang tahu.. 


ni gambar apabila air dah surut.. pintu pun susah nak bukak.. bila bukak je pintu terus mengucap panjang rasa nak terduduk tengok keadaan dalam kelas.. semuanya totally musnah. 

mungkin bukan rezeki cikgu.. sedih yang teramat... 




sesi gotong royong la anda semua... bau dia tak boleh nak digambarkan la.. menitik air mata masa kemas. semuanya titik peluh selama ni didapat diselamatkan.. kena buang gitu je semuanya....