TBK Nurul Hanis adalah sebuah tabika di Machang Kelantan dan Guru yang mengajar di situ adalah Cikgu Zaiton. Motto TBK Nurul Hanis Smart.Intelligence.Happy
Monday, 2 May 2016
Assalamualaikum...
sebulan dua ni cikgu teramat amat amatla sibuk...
sibuk dengan apa?? sibuk dengan bermacam- macam la tugasan sebagai guru, pelajar, ibu, anak dan sebagainya...
maafkan cikgu ye..
tapi.........
untuk semua cikgu akan masukkan aktiviti yang cikgu buat yang menyebabkan cikgu sibuk sangat la tu kan..hehee
Tara.........
Nasyid bersama anak-anak syurga cikgu..
rajin betol diorang ni berlatih kan.. sampai pandai
tahniah semua..
sebulan dua ni cikgu teramat amat amatla sibuk...
sibuk dengan apa?? sibuk dengan bermacam- macam la tugasan sebagai guru, pelajar, ibu, anak dan sebagainya...
maafkan cikgu ye..
tapi.........
Tara.........
Nasyid bersama anak-anak syurga cikgu..
rajin betol diorang ni berlatih kan.. sampai pandai
tahniah semua..
Wednesday, 27 January 2016
Keluarga Saya
Tema minggu ke 4... minggu terakhir di bulan januari..
Keluarga Saya
Keluarga Saya
Ohh... minggu ini cikgu melihat komunikasi antara murid-murid semakin baik.. makin rancak nampaknya bercerita antara satu sama lain..
Yang itu murid-murid mewarna sambil bercerita mengenai keluarga masing-masing.
Anggota Badan
Tema minggu ke 3 anggota badan
Untuk minggu ni cikgu ajar mengenai anggota badan bermula dari kepala sehingga ke kaki..
Hari pertama belajar menyanyi
Hari kedua menyebut satu persatu
Hari ketiga mewarna anggota badan
Hari keempat suai anggota badan yang betul
Hari kelima mengeja anggota badan
Gembira semua bila cikgu keluarga moskot anggota badan upin ipin ni
Oleh itu cikgu sentiasa pesan kena datang sekolah hari-hari baru lah dapat belajar macam-macam lagi
Minggu ke 2 (Diri Saya)
Minggu ke 2 Tema kita adalah Diri Saya..
Tema ini bersesuaian dengan anak-anak yang baru lagi nak menyesuaikan diri dengan alam pembelajaran.
Oleh itu setiap orang mesti bangun dan memperkenalkan diri masing -masing..
ini adalah contohnya.. kalau yang perempuan bagitahu perempuan manakala lelaki mesti bagitahu lelaki..
Selepas rehat murid-murid diberi masa untuk membuat kumpulan dan bercerita dalam kumpulan mengenai diri saya.
Alhamdulillah PdP minggu ke2 berjalan dengan sangat lancar. Murid-murid kelihatan sangat gembira
ORIENTASI
Minggu orientasi atau minggu suai kenal.......
Tengok kan anak-anak pun tak nak berenggang lagi dengan mak ayah.. mak ayah pun sedih nak tinggalkan anak dia.. cikgu faham tu semua. so terpaksa la minggu pertama cikgu bagi kelonggaran ye.. ibu ayah boleh temankan anak-anak tapi hari pertama dan kedua je.. hari ketiga sampai lima teman kat luar je.. lepas seminggu tu dah kena tinggalkan dah. bila sampai waktu balik nanti baru boleh datang semula..
InsyaAllah cikgu akan jaga dengan baik...
Ragam dan telatah semua insyaAllah cikgu dapat atasi dengan baik..
Kenangan Lalu
Sekarang ni hujan turun tak henti-henti... Hati ini terus teringat kat tbk.. Baru je masuk tahun baru ni. Alat bahan pun baru je masukkan. Harap-harap tahun ni tak banjir la ye.. Risau plak.. Teringat terus kejadian banjir besar tahun 2014. Habis semuanya..
Air naik dengan sangat cepat.. cikgu hanya mampu tengok dari jauh.. hanya barang-barang penting je yang mampu diselamatkan. yang lain cikgu terpaksa redha sahaja..
Sedih tu hanya Allah sahaja yang tahu..
ni gambar apabila air dah surut.. pintu pun susah nak bukak.. bila bukak je pintu terus mengucap panjang rasa nak terduduk tengok keadaan dalam kelas.. semuanya totally musnah.
mungkin bukan rezeki cikgu.. sedih yang teramat...
sesi gotong royong la anda semua... bau dia tak boleh nak digambarkan la.. menitik air mata masa kemas. semuanya titik peluh selama ni didapat diselamatkan.. kena buang gitu je semuanya....
Salam Pengenalan
TBK tempat cikgu mencurahkan ilmu dan mendidik anak-anak murid cikgu.. Alhamdulillah setelah sekian lama cikgu di sini ramai dah anak-anak murid cikgu yang berjaya..
Tahniah untuk semua...
Pada yang belum mengenali lagi TBK Nurul Hanis ini mula beroperasi sejak tahun 1989 lagi. Sudah banyak perubahan yang berlaku dari bangunan kayu sehingga ke bangunan sekarang.
Tbk ini beralamat di
Tabika Nurul Hanis, Batu 25,
18500 Machang,
Kelantan.
Oh ya...lupa lak cikgu nak bagitahu pendaftaran untuk tahun ni 2016 dah tutup yeee... close order already..
Ramai sangat dah anak murid cikgu ni.. tahun ni cikgu menerima 30orang anak murid.. ramai kannnn..
cikgu sendiri pun terkejut..tu pun ramai dah yang cikgu tolak.. maaf ye semua. kelas cikgu tak mampu untuk tampung ramai-ramai takut kan kurang efektif plak..
Apa-apa pun cikgu amat gembira dengan kehadiran murid yang lelaki 16 orang manakala perempuan 14...
Fuhhh...Fuh...Fuhhhh... harap-harap cikgu mampu bagi yang terbaik untuk kamu semua...
Salam Sayang dari Cikgu untuk anda semua...
selamat datang 2016
Alhamdulillah...
Tahniah cikgu ucapkan dan selamat datang pelajar baru ke TBK Nurul Hanis.. cikgu alu-alukan kedatangan semua anak-anak murid cikgu samaada yang lama mahupun yang baru..
Teruja juga cikgu melihat anda semua..ye la kan tahun baru.. semua nak baru.. dari hujung kepala hinggala hujung kaki.. cikgu pun teruja..ibubapa anak-anak apatah lagi..
Alhamdulillah semuanya dapat mendaftar dengan baik.. terkejut jugak cikgu. ramai anak didik cikgu tahun ni. semoga tahun ni kita dapat lalui semuanya dengan baik-baik ye...
Gembira kan??? mesti semua taksabar nak belajar.. sabar-sabar dulu.. ibubapa pun kena sabar gak.. takkan la hari pertama cikgu nak suruh belajar teruskan.. so minggu ni kita sesi suai kenal je dulu.. agar anak-anak murid cikgu ni tak terkejut dengan suasana pembelajaran di sekolah.. maklumla kan ade sesetengah ni ni la pertama kali jejakkan kaki kat sekolah. sebelum ni melekat je kat rumah...
Oleh itu minggu ni cikgu rasa akan banyak la drama-drama yang akan cikgu tonton dan atasi.. Dengan itu bertabahla wahai cikgu-cikgu sekalian... jom ikuti drama minggu pertama persekolahan...
dah masuk tahun baru 2016 pun.. sekejap sahaja rasa masa berlalu

Subscribe to:
Posts (Atom)